Sunday, February 21, 2010

My Princessa - Nur Anissa Farahanie

Sabtu, 20 Feb 2010

Saja bawa anak pegi Zoo Johor.. Hehehehe, sebenarnya maknya (my wife) yg nak pegi.. Maklumlah, dah lama tak tengok binatang live depan mata.. Katanya "asyik tengok kat Animal Planet je, bosanlah"..

Pada aku, elok juga bawa anak pi ke zoo.. Bukan apa, biar dia nampak & hafal rupa binatang yg dia tengok tu.. Jadi takdelah terkial-kial nak terangkan bila dia bertanya nanti..

Actually, seronok juga pegi ke zoo.. Maklumlah kali terakhir aku pegi ke zoo masa umur 9 tahun (kalau tak silap la).. Sekarang umur aku dah 27, maknanya dah 18 tahun la aku tak penah pegi ke zoo.. Fuyyo, lama tu..

Kebetulan dah pegi ke zoo, aku pun ter'over' la juga.. Hehehehe, aku sebenarnya teringin nak bergambar dgn harimau kumbang (yg warna hitam tu) tapi tak kesampaian la pulak.. Aiseyman.. Bergambar dengan unta pun jadi la..

Segalanya Mungkin..

Assalamualaikum w.b.t

Ada sesuatu yg kita cari dalam hidup ni. Ada sesuatu yg mesti kita pilih sepanjang hidup, samada panjang atau singkat.. Sememangnya kita mahu tapi kita tak tahu apa sebenarnya yg kita mahukan..

Pernah terbaca 1 catatan oleh seseorang yg menyebut tentang hari kelmarin dan hari esok.. Kalau kita teliti & fahamkan lebih mendalam, ianya cukup menginsafkan diri..

Mari ikuti :

Kelmarin - hanya sesuatu yg kita dah lalui.. Sedar tak bahawa kelmarin tu adalah hari yg dah berlalu & tak mungkin mampu kita undurkan kembali.. Kalau kelmarin kita lalui sebagai hari yg indah, maka dah tentu ia cukup terkesan..

Esok - siapa yg tahu?.. Mungkin ada 1001 andaian tentang hari esok, ada 1001 kemungkinan tentang hari esok.. Tapi apakah dalam 1001 andaian & kemungkinan tu akan benar-benar berlaku keesokan hari?.. Mampukan kita lalui hari esok sama seperti yg kita harapkan, gambarkan & inginkan?.. Mungkin ya, mungkin tidak.. Mungkin gembira, mungkin hampa..

Hari Ini - Macamana dengan hari ini?.. Hari yg sedang kita lalui.. Laluinya dengan penuh sabar, penuh dengan panduan & perancangan.. Kalau kita masih boleh menghirup udara pada hari ini, maknanya kita masih ada & masih diberi peluang.. Ingatan : kita perlu melalui hari ini berpandukan apa yg berlaku kelmarin.. Kalau kelmarin diharungi dengan kesilapan, maka janganlah diulangkan lagi kesilapan yg sama pada hari ini.. Kalau keindahan & kebahagiaan yg kita lalui kelmarin, maka jangan pulak lekas terlena.. Segalanya mungkin!!.. Kalau kelmarin adalah hari yg baik bagi kita, lakukan yg lebih baik pada hari ini..

Ada 1001 kemungkinan!!.. Tapi kerana ini adalah hakikat sebuah kehidupan, maka kita kena teruskan langkah.. Jangan kata kita tak punya pilihan, bohong.. Sebenarnya kita dah disediakan 1 jalan & kita harus memilih untuk melalui jalan tu..

Kita disediakan panduan lengkap bermula awal perjalanan hingga tiba ke destinasinya nanti.. Tapi disebabkan kita lahir bersama nafsu yg tak pernah puas, maka kita tak pernah cukup - adakalanya perkara yg mudah sengaja kita susahkan.. Bila berdepan dengan sedikit kesukaran pulak, kita mudah lupa pada hasil yg bakal kita nikmati..

Semoga kita semua mampu jadikan hidup ini sebagai kesempatan untuk melakukan yg terbaik..

"Life Goes On"

Friday, February 19, 2010

My First Postings

Here it is, this is my first postings for this blog..

Wow, what a good feeling running in my veins today.. I feel so lucky right after receiving my first constructions project..

Guess what?.. I am an entrepreneur.. The small one.. Hehehehe.. The "E" licence construstions company here in Johor, Malaysia..

I feel so tired working with others.. So i resigned and set-up my own business 2 months ago.. Actually my parents also supports me from my back.. Thanks a lot mom.. Thanks a lot dad..

Well, i will post an articles here in my blog everyday (depends on my time).. And hope to find a new friends..

LOL..