Sunday, February 21, 2010

Segalanya Mungkin..

Assalamualaikum w.b.t

Ada sesuatu yg kita cari dalam hidup ni. Ada sesuatu yg mesti kita pilih sepanjang hidup, samada panjang atau singkat.. Sememangnya kita mahu tapi kita tak tahu apa sebenarnya yg kita mahukan..

Pernah terbaca 1 catatan oleh seseorang yg menyebut tentang hari kelmarin dan hari esok.. Kalau kita teliti & fahamkan lebih mendalam, ianya cukup menginsafkan diri..

Mari ikuti :

Kelmarin - hanya sesuatu yg kita dah lalui.. Sedar tak bahawa kelmarin tu adalah hari yg dah berlalu & tak mungkin mampu kita undurkan kembali.. Kalau kelmarin kita lalui sebagai hari yg indah, maka dah tentu ia cukup terkesan..

Esok - siapa yg tahu?.. Mungkin ada 1001 andaian tentang hari esok, ada 1001 kemungkinan tentang hari esok.. Tapi apakah dalam 1001 andaian & kemungkinan tu akan benar-benar berlaku keesokan hari?.. Mampukan kita lalui hari esok sama seperti yg kita harapkan, gambarkan & inginkan?.. Mungkin ya, mungkin tidak.. Mungkin gembira, mungkin hampa..

Hari Ini - Macamana dengan hari ini?.. Hari yg sedang kita lalui.. Laluinya dengan penuh sabar, penuh dengan panduan & perancangan.. Kalau kita masih boleh menghirup udara pada hari ini, maknanya kita masih ada & masih diberi peluang.. Ingatan : kita perlu melalui hari ini berpandukan apa yg berlaku kelmarin.. Kalau kelmarin diharungi dengan kesilapan, maka janganlah diulangkan lagi kesilapan yg sama pada hari ini.. Kalau keindahan & kebahagiaan yg kita lalui kelmarin, maka jangan pulak lekas terlena.. Segalanya mungkin!!.. Kalau kelmarin adalah hari yg baik bagi kita, lakukan yg lebih baik pada hari ini..

Ada 1001 kemungkinan!!.. Tapi kerana ini adalah hakikat sebuah kehidupan, maka kita kena teruskan langkah.. Jangan kata kita tak punya pilihan, bohong.. Sebenarnya kita dah disediakan 1 jalan & kita harus memilih untuk melalui jalan tu..

Kita disediakan panduan lengkap bermula awal perjalanan hingga tiba ke destinasinya nanti.. Tapi disebabkan kita lahir bersama nafsu yg tak pernah puas, maka kita tak pernah cukup - adakalanya perkara yg mudah sengaja kita susahkan.. Bila berdepan dengan sedikit kesukaran pulak, kita mudah lupa pada hasil yg bakal kita nikmati..

Semoga kita semua mampu jadikan hidup ini sebagai kesempatan untuk melakukan yg terbaik..

"Life Goes On"

No comments:

Post a Comment